Welcome to alipchumilsgt blog!!

Blog yang menarik dan berinformasi, disertai dengan cerita² peribadinya yang cute dan agak menarik. Sila lah tambah jadi rakan!! atau hanya mengikuti ^_^

Hugs :D

Saturday, April 14, 2012

Apple Crumble

Hi..
Kadang-kadang bila rasa bosan kita sentiasa berfikir apa yg perlu dilakukan, so setelah dikaji sy ada memiliki blog yg telah lama saya tinggalkan, jadi inilah masanya utk mengisi blogku semula dgn pelbagai aktivit dan cerita yang menarik. Saya akan masukkan cerita-cerita lama juga dari mana saya stop taip post yg terakhir. Lama jgk la... Btw, pagi ni sy telah blajar mcm mana nak buat apple crumble.hehe

Pagi-pagi bgun solat subuh, then nak tito blek dah tak bole sbb tak trasa nk tito. Main game la, fbing la, vk-ing la.. asn la.Hari ini akan ada majlis jamuan group saya kt volgograd ni.. Hm, saya actually terfikir apa yg bole sy buat tp dlm rumah ni sy ada rakan yg mmg agak power la dlm masakan ni, so dia pon bgi la idea utk membuat apple crumble. Nak buat apple crumble ni actually tak lah susah, tp tak la mudah sgt. So so spt org russki yg nk ckp english ckp..Smlm after kelas singgah pasar bli apple 3bijik. 1kilo RM5. tp sy beli 3 bijik abes RM3.50 cmtu. apple mantap punya.. kira murah jgk kot. time duk msia harga apple ni tak amek perhatian sgt.Eh, merepek plak aku ni. Jadi, tanpa membuang masa kita akan mulakan misi kita membuat Apple Crumble!!!

Bahan-bahan:
2 biji epal
2 cawan tepung gandum
170g mentega
2/3 cawam gula (bole tmbah la sket bbrpa sudu ikut kesukaan manisan anda) n bbrpa sudu gula utk ditambah ke atas epal nnt. (Mesti korunk ada gula byk kan)
5-6 sudu oat
1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-cara membuatnya:
1.Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas khas utk mengadun semua bahan yg sepatutnya.
2. Mentega dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam bekas yg ada tepung tu lah. Then gunakan tgn yg bersih utk mensebatikannya. Lumatkannya bagi sebati.
3. Masukkan oat, then adunkan lgi. Then masukkan gula. Adun lagi smpi sebati. Cmpuran yg cantik akan membentuk mcm ketul² kecik, n cm berpasir gitew. (cewah)
4. Epal yg dah dibasuh dibuang kulitnya. Pastu potong 4 memanjang ye, bukan melintang. Pastu ptg 1/4 epal td tu jd 6 slices.
5. Susn dlm bekas kaca yg tahan panas sbb kita nak bkar dlm ketuhar ye. Buat selapis pastu tabur gula. Then letak lgi epal, tabur gula lgi. Biasanya 3 lapis lah. After that, taburkan serbuk kayu manis td tuh ke semua area ye..
6. Letak lah crumble td, which is yg korunk adun² kasi sebati td tu lah.. Kasi sekata.
7. Bakar dalam ketuhar dgn suhu 180°C selama 40 minit.
8. Taraaaaaaaaaaa.........

Inilah bentuk apple crumble bgi sesiapa yg tak tau. hee cubaan pertama btw :p

Jadi sy ingin mengucapakan semoga berjaya bagi sesiapa yg rasa nak cuba resepi baru! :)